Dasar, Syarat Proses Pemutihan Program 6P Mungkin Dilonggarkan

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN)kini dalam proses menyediakan kertas pertimbangan cadangan bagi melonggarkan dasar dan syarat proses pemutihan Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Tan Sri Mahmood Adam berkata jika kertas pertimbangan itu diluluskan, prosedur pemutihan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

"Kertas cadangan itu akan dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk kelulusan dan pelaksanaan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Beliau berkata pertimbangan itu dibuat dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak termasuk majikan, syarikat pengurus dan pejabat kedutaan yang merayu cadangan tersebut dikaji semula.

Cadangan lain yang turut dikemukakan ialah kerajaan membuka sepuluh sektor luar dasar dan 11 subsektor di bawah sektor perkhidmatan yang ketika ini dibekukan daripada proses pemutihan.

Sektor luar dasar berkenaan ialah krupier, perlombongan/kuari, kayu bakau, gerai/kafe/kantin/katering, restoran, makanan segera, pemotong rumput, vendor akhbar, pencuci rumah ke rumah, pencuci kenderaan dan bengkel kereta.

Subsektor perkhidmatan pula terdiri daripada barangan logam/lusuh/terpakai, pengendalian kargo, rumah kebajikan, spa/refleksologi, perhotelan, kedi/padang golf, dobi, tukang gunting, tukang emas, perniagaan runcit/borong dan perniagaan tekstil.

Mahmood berkata pada masa sama, sejumlah 26,340 pembantu rumah asing yang berdaftar ketika proses pendaftaran Program 6P pada 1 hingga 31 Ogos lepas, juga akan dibenarkan memohon proses pemutihan.

"Setiap PATI yang diputihkan menerusi program itu hanya dibenarkan bekerja bagi tempoh maksimum tiga tahun, dan sebaik tamat tempoh, mereka perlu kembali ke negara masing-masing," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, dianggarkan lebih sejuta PATI akan meninggalkan Malaysia menjelang 2015. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan