DAP Nafi Bersaing Jawatan MB Selangor

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: DAP pada Selasa, menafikan sedang bersaing untuk kerusi Menteri Besar Selangor dengan mencadangkan bahawa mereka perlu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, fokus Pakatan Rakyat (PR) adalah di kawasan boleh menang dan juga berdasarkan pengaruh DAP di negeri tersebut.

“Jika kita melihat kerusi yang ditandingi oleh DAP di Selangor pada tahun 2008, daripada 56 kerusi, kami hanya bertanding di 15 kerusi.

“Bagi kerusi Parlimen, walaupun Selangor mempunyai 22 kerusi, DAP hanya bertanding di empat kerusi. Oleh itu, saya terkejut dengan dakwaan sebegitu,” kata Kok dalam sidang media di pejabat Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad di sini.

Khalid berkata, walaupun terdapat cadangan DAP untuk membenarkan calon Melayu daripada parti tersebut bertanding di kawasan majoriti Melayu, PAS dan PKR telah menolak cadangan tersebut selepas mengadakan perbincangan.

Beliau menambah, pihaknya faham bahawa DAP mencadangkan idea tersebut untuk lari daripada imej parti cauvinis.

“Malah, DAP banyak membantu PAS dalam membetulkan imej sebagai pelampau PAS,” kata Khalid dan menambah, untuk memenangi Pilihan Raya akan datang, mereka perlu saling bantu-membantu untuk menghapuskan imej parti cauvinis.

Beliau juga memberitahu, kedua-dua parti juga cuba untuk memenangi sokongan daripada semua kaum.

Beliau menambah, PAS dan DAP juga berpuas hati dengan pencapaian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman pula berkata, status qua kekal iaitu DAP bertanding 15 kerusi: PAS 20 dan PKR 21.

Mengulas dakwaan bahawa PAS telah menyimpang daripada prinsip asalnya, Dr Abdul Rani menjawab, mereka kini menggunakan kaedah yang lebih ‘ramah’ untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk yang berbilang kaum negeri itu.

“Untuk menang di Selangor, kita memerlukan sokongan daripada semua kaum,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan