Cadangan Wujudkan Semula Perkhidmatan Bas Mini Dipertimbang:Jelaing

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menimbangkan keperluan untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini di ibu negara sekiranya ia mampu memberi keselesaan kepada warga kota terutamanya pengguna perkhidmatan awam, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat bagaimanapun berkata, cadangan itu tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana kerajaan sedang melaksanakan beberapa langkah untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam bandar sedia ada.

"Sistem (kerja menaik taraf) yang baru ini masih di peringkat pelaksanaan, malah kita sedang menunggu lagi beberapa tren baru dari luar negara namun jika ada keperluan terhadap mengembalikan perkhidmatan bas mini supaya keadaan bandar lebih selesa, kementerian akan buat pertimbangan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff.

Mustafa Kamal ingin tahu mengenai pendirian kementerian dalam pelaksanaan semula sistem perkhidmatan pengangkutan awam itu setelah ditamatkan pada tahun 1998.

Menjawab soalan asal Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berhubung langkah kerajaan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam sedia ada, Jelaing berkata langkah paling utama adalah dengan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata SPAD bertanggungjawab menyusun dan memantau industri perkhidmatan awam serta memastikan pematuhan terhadap tahap perkhidmatan tersebut.

"Selain itu, melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Negara juga, kerajaan akan memberikan tumpuan ke arah meningkatkan kapasiti dan kecekapan sistem kereta api komuter dan sistem transit aliran ringan), menyusun semula sistem bas bandar dan menaik taraf stesen-stesen pengangkutan awam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan