Bantuan Wang Ihsan Hanya Untuk Mangsa Yang Berpindah Ke Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Bantuan wang ihsan mangsa banjir hanya akan diberikan kepada mereka yang berpindah ke pusat pemindahan banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini kerana terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan membuat tuntutan palsu bagi mendapatkan wang ihsan tersebut.

"Pada tahun lepas, kita dapati ada di kalangan rakyat yang tidak terlibat banjir tetapi menyatakan mereka mangsa dan menerima wang ihsan kerana kita (kerajaan) kata yang tidak pindah pun dapat (wang ihsan).

"Tahun ini, tidak boleh lagi kerana banyak tuntutan palsu," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan wang ihsan RM500 kepada mangsa banjir di daerah Kuantan di sini, Selasa.

Mohamed Nazri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, tindakan itu juga bertujuan mengelak pembaziran duit rakyat yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, bantuan wang ihsan kali ini diberikan dalam tempoh yang lebih cepat selepas kejadian banjir bagi meringankan beban mangsa.

"Kalau diberi dua atau tiga bulan selepas banjir, bantuan ini mungkin tidak begitu dirasai kerana ada perbelanjaan luar biasa seperti kos mencuci rumah yang ditanggung mangsa sejurus selepas banjir," katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, seramai 3,055 orang daripada 730 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir setelah banjir melanda lima daerah di Pahang iaitu Kuantan, Rompin, Bentong, Raub dan Pekan pada 10 hingga 14 Disember lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 2,275 orang daripada 556 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan.

Katanya, pihaknya mengenalpasti punca kejadian banjir bukan disebabkan faktor kecuaian mana-mana pihak sebaliknya akibat hujan yang amat lebat dengan melibihi 200 milimeter sehari berbanding kadar hujan lebat biasa iaitu kira-kira 60mm sehari.

Beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya penduduk Pantai Timur supaya berwaspada menghadapi kemungkinan banjir berulang berikutan musim monsun timur laut yang bermula bulan lepas hanya akan berakhir pada Mac tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan