Abdul Aziz Tinggalkan UIA 31 Disember Ini

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan meninggalkan universiti tersebut pada 31 Disember ini.

Pengakuan itu disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider yang menghubunginya lewat malam semalam.

"Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA. Saya tidak dipecat tetapi yakin mereka tidak ada alasan kukuh untuk berbuat demikian," katanya.

Awal bulan ini, beliau tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan universiti itu kerana merasakan dirinya tidak lagi sesuai berkhidmat di UIA.

Malah, beliau turut kecewa kerana masih belum mendapat maklum balas daripada pihak pengurusan universiti mengenai statusnya di sana.

Adul Aziz menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sehingga hari ini, beliau berkata, hasil siasatan UIA masih belum diketahui.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan