Peruncit Di Kedah Bimbang Bekalan Minyak Masak Kurang

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Masalah kekurangan bekalan minyak masak kembali membelenggu pengguna dan peruncit di Kedah setelah mereka sukar mendapatkannya sejak bulan lepas.

Tinjauan Bernama di beberapa kedai runcit sekitar Alor Setar mendapati pekedai terpaksa menjual hanya satu atau dua kilogram sahaja kepada setiap pelanggan bagi memastikan bekalan minyak tidak terputus.

Peruncit, Zulkifli Nyak Bakar, 47, berkata disebabkan kekurangan bekalan minyak, beliau terpaksa menghadkan setiap pelangganya bagi memberi peluang kepada pelanggan lain untuk mendapatkannya.

Katanya beliau sukar untuk mendapatkan daripada syarikat pemborong yang menghadkan setiap peruncit hanya boleh mendapatkan 100 kilogram sahaja dalam tempoh seminggu.

"Bila terputus bekalan minyak masak saya terpaksa membeli bekalan daripada peruncit lain dengan harga pasaran iaitu RM2.50 sekilogram bagi memenuhi permintaan pelanggan tetap," katanya.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Sakri Saleh berkata masalah kekurangan bekalan itu disebabkan penggunaan yang terlalu banyak untuk majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah.

"Pengguna tak perlu bimbang kerana dijangka bekalan minyak masak akan kembali normal di pasaran awal Januari tahun depan," katanya.

Mohd Sakri berkata pihaknya turut menjalankan operasi bersepadu bagi membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan