Pegawai Penerangan Perlu Guna Pendekatan Baru:Kamaruddin

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Pegawai Penerangan perlu menggunakan pendekatan baru terutama menerusi media sosial untuk memberi penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Beliau berkata menjadi tugas utama Jabatan Penerangan bagi memastikan dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan difahami rakyat di seluruh negara.

"Justeru, peranan pegawai penerangan ini bukan sekadar menjelaskan kepada rakyat menerusi komunikasi bersemuka, malah mereka perlu juga menggunakan media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter.

"Yang pentingnya kita nak merubah sikap dan tanggapan masyarakat terhadap jabatan ini yang selama ini dianggap hanya sebagai pembekal sistem siaraya di peringkat daerah, sedangkan peranan mereka jauh lebih besar iaitu memastikan rakyat faham akan dasar-dasar kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penerangan dan Inovasi 2011 anjuran Jabatan Penerangan di sini, Selasa.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rothiah Omar dan Ketua Pengarah Penerangan Ibrahim Abdul Rahman.

Kamaruddin berkata pendekatan baru menerusi teknologi komunikasi moden seperti e-mel dan telefon membolehkan orang ramai mendapat maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan dengan lebih mudah.

"Ini bermakna tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak memperoleh maklumat mengenai dasar kerajaan. Penjelasan melalui teknoloji ini adalah satu pendekatan baru yang diamalkan oleh Jabatan Penerangan bagi mendekati rakyat Malaysia khasnya mengenai dasar kerajaan," katanya.

Pada majlis itu Kamaruddin turut menyampaikan 15 Anugerah Inovasi kepada para pemenang dalam dua kategori iaitu berkumpulan dan individu.

Seramai 850 orang pegawai penerangan dari seluruh negara hadir pada program empat hari yang bermula semalam.

Selain memberi kefahaman dan maklumat terbaru isu semasa, program itu bertujuan mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan petugas jabatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan