Mangsa Banjir Di Johor Meningkat 1,718 Orang

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor setakat 10 pagi tadi meningkat kepada 1,718 orang berbanding 1,011 orang Isnin.

Menurut Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sebanyak 28 pusat pemindahan banjir dibuka.

Empat lagi pusat pemindahan dibuka di Kluang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK)Sungai Linau, Dewan Parit Haji Hassan, Balairaya Kampung Bentong, Sekolah Agama Kampung Tengah 1 menjadikan 16 pusat pemindahan yang dibuka di daerah itu.

Jumlah mangsa di daerah itu meningkat daripada 754 kepada 1,039 mangsa.

Pusat pemindahan lain di Kluang ialah Balai Raya Kampung Kolam Air; Balai Raya Kampung Berasau; Kampung Orang Asli Sungai Peroh; Balai Raya Kampung Punchor; Balai Raya Taman Puteri; Balai Aktiviti Kampung Contoh; Balai Raya Kampung Batu 4, Paloh; Balai Raya Kampung Muhibbah; Balai Aktiviti Kampung Melayu Mardi; SK Sri Kencana, Simpang Renggam; Balai Raya Kampung Mengkibol; dan SJK (C) Ping Min.

Dua lagi pusat pemindahan yang baru dibuka di Batu Pahat iaitu Taman Sri Kota dan SK Kota Dalam, kedua-duanya di Yong Peng berbanding satu sahaja semalam iaitu di Balairaya Kampung Parit Haji Kamisan dengan keseluruhan mangsa setakat 10 pagi seramai 65 orang.

Dua pusat pemindahan juga dibuka di Pontian iiatu SK Melayu Raya dan Surau Kampung Tampok Laut dengan mangsa seramai 74 orang.

Di Segamat, pusat pemindahan kekal tiga iaitu di Balai Islam Kampung Paya Dalam, Balai Raya Spangloi; dan Balai Raya Kg Usaha Jaya tetapi jumlah mangsa meningkat kepada 86 mangsa berbanding 81 mangsa Isnin.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke SK Batu 10, Skudai, Johor Baharu meningkat kepada 361.

Jumlah mangsa di Balai Raya Kampung Sungai Berangan, Kota Tinggi meningkat kepada 17 orang.

Dua lagi pusat pemindahan dibuka hari ini iaitu Dewan Raya Kampung Murni Jaya dan Dewan Raya Kampung Sungai Siam di Kulai Jaya dengan 76 mangsa banjir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan