Malaysia Contoh Terbaik Kepada Dunia Mengenai Keharmonian Masyarakat Majmuk - Berita Semasa | mStar

Malaysia Contoh Terbaik Kepada Dunia Mengenai Keharmonian Masyarakat Majmuk

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Malaysia merupakan sebuah negara contoh terbaik kepada dunia bagi melihat bagaimana kehidupan masyarakat majmuk yang harmoni kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman.

Katanya Malaysia telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sebuah masyarakat berbilang kaum dapat hidup bertoleransi dan membangunkan negara secara bersama.

"Negara asing yang mempunyai masyarakat majmuk boleh menjadikan Malaysia sebagai model kerana kita telah berjaya menyatukan semua kaum melalui perkongsian kuasa dan hidup aman damai.

"Bagaimanapun rakyat di negara ini juga perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi yang tinggi kerana ia adalah unsur sangat penting untuk memastikan masyarakat majmuk Malaysia boleh terus hidup dengan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Belia Polisi Luar Negara di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini Isnin.

Turut hadir pada majlis itu Pro Canselor USM Tan Sri Razali Ismail dan Naib Canselornya Prof Datuk Omar Osman.

Seramai 25 peserta institusi pengajian tinggi telah dipilih menyertai seminar yang akan membincangkan isu-isu yang berhubung kait dengan hal ehwal luar negara, termasuk yang menyentuh aspek diplomasi, tadbir urus dan demokrasi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan