Kastam Yakin Dapat Kutip Cukai RM30 Bilion Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM) yakin mencapai sasaran mengutip cukai sebanyak RM30 bilion tahun ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.

Menurutnya, setakat ini KDM telah berhasil mengutip RM29 bilion yang merupakan jumlah tertinggi pernah dikutip jabatan itu.

Mengenai dadah, beliau berkata, KDM berjaya merampas bahan larangan itu bernilai RM166.6 juta iaitu peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tahun 2010 sebanyak RM44.4 juta sahaja.

"Rampasan besar ini dicapai hasil peningkatan penguatkuasaan oleh KDM," katanya kepada pemberita sempena Mesyuarat Pengarah Kastam Se-Malaysia ke-67 di sini, Isnin.

Menurut Mohamed Khalid, rampasan itu hasil kejayaan KDM membanteras 83 kes, 34 daripadanya di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, rampasan barang dagangan seperti rokok dan minuman keras sehingga kini bernilai RM483.9 juta berbanding RM507.6 juta tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan