Dewan Negara Lulus Usul Pamansuhan Tiga Proklamasi Darurat

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Negara pada Selasa, meluluskan usul pemansuhan Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, ketika membentangkan usul itu, berkata proklamasi itu diungkaikan kerana tidak wujud lagi keadaan yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di negara ini pada masa kini.

Dengan itu, apa-apa ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat tersebut akan terhenti berkuatkuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh proklamasi itu dibatalkan, katanya pada persidangan Dewan Negara.

Katanya langkah sewajarnya perlu diambil bagi memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada kerajaan untuk mengawal jenayah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam termasuklah kegiatan keganasan apabila terhentinya kuatkuasa semua ordinan di bawah Proklamasi Darurat itu.

"Dengan terungkainya Proklamasi Darurat tersebut, kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menurut Liew, pembatalan Proklamasi Darurat itu juga membuktikan kerajaan sentiasa bersedia melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

Pada persidangan Dewan Rakyat 24 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul memansuhkan tiga proklamasi darurat yang dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong iaitu Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1977.

Proklamasi Darurat 1969 dikeluarkan pada 15 Mei 1969 berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei tahun itu, manakala Proklamasi Darurat 1966 dan Proklamasi Darurat 1977 yang masing-masing dikeluarkan pada 14 September 1966 di Sarawak dan 8 Nov 1977 di Kelantan, bertujuan menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan