Bantuan RM400 Juta Bagi Bas Henti-Henti Adalah Untuk Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan dana RM400 juta yang diluluskan kerajaan pusat bagi membantu pengendali bas henti-henti adalah untuk menjaga kebajikan rakyat.

"Langkah itu memang kena pada masanya...bantuan kewangan itu memang dijangka di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,

"Ini membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri sentiasa untuk rakyat dan kebajikan mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini Isnin.

Katanya keputusan itu juga menunjukkan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" bukan sekadar retorik.

Beliau mengulas pengumuman Najib hari ini bahawa kerajaan pusat telah meluluskan dana bagi membantu pengendali bas henti-henti yang menghadapi masalah kewangan bagi meneruskan operasi mereka.

Perdana Menteri berkata dana itu akan diuruskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang merancang untuk mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012.

Najib juga berkata untuk fasa pertama, dana itu akan digunakan bagi membantu syarikat bas di Selangor, diikuti negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan