Sektor Makanan Sumbang Lebih 15 Peratus Daripada Jumlah Pendapatan Industri Pelancongan

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor makanan dan minuman di Malaysia menyumbang 17.2 peratus daripada pendapatan yang dijana industri pelancongan tahun lepas, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata pada tahun lepas, industri pelancongan menjana pendapatan lebih RM1 bilion setiap minggu dengan 17.2 peratus daripadanya (RM9.72 bilion) dibelanjakan untuk makanan.

Bagi industri perhotelan, sejumlah 60 peratus daripada pendapatan dijana menerusi penginapan manakala bakinya daripada makanan serta minuman, dan di sesetengah hotel, nisbahnya ialah 50:50, kata beliau pada pelancaran "Fabulous Food 1Malaysia 2011 - Street Food Festival" (FF1M) di Little India, Brickfields malam tadi.

Sehubungan itu, Ng berkata pelancongan makanan satu fenomena yang besar dan merupakan antara komponen penting bagi memperkukuh Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP) ke arah mencapai sasaran 36 juta pelancong serta menjana pendapatan RM168 bilion dalam industri itu menjelang 2020.

Antara strategi kementerian itu bagi meningkatkan pendapatan ialah menerusi tindakan pelancong berbelanja lebih untuk makanan tempatan yang mempunyai pelbagai sajian lazat ekoran penduduk berbilang bangsa di negara ini termasuk kaum Melayu, India, Nyonya dan Serani.

Ng berkata Malaysia sememangnya syurga makanan di dunia dan ini diperlihatkan menerusi kepelbagaian sajian yang ditawarkan.

Beliau juga berkata festival itu, yang mewujudkan satu laman web iaitu www.fabfood1malaysia.com tentang makanan di Malaysia, telah mendapat maklum balas yang baik dengan menerima 90,824 kunjungan selain 56 syor sebagai tempat makan terbaik untuk beriyani, char kway teow (45 syor) dan rendang (41).

Katanya, kempen FFIM juga menawarkan peluang terbaik kepada pelancong asing dan tempatan untuk menikmati kepelbagaian cita rasa makanan tempatan.

Beliau berkata tahun ini, festival itu memperkenalkan tiga sajian istimewa iaitu rendang, char kuey teaw dan nasi beriyani berbanding tahun sebelumnya, yang menyajikan sate, roti canai serta ayam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan