Perang Mulut Nasharudin & Pemimpin PAS Hanya Masalah Kecil - Salahuddin Ayub

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan 'perang mulut' di antara beberapa pemimpin tertinggi parti itu dengan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang mendakwa PAS semakin lemah hanyalah sekadar masalah kecil.

"Ia hanyalah masalah kecil. Kita ada cara untuk selesaikannya. Kita boleh bincang dalam mesyuarat mengenai rasa tidak puas hati (mereka) tapi masalahnya ialah kehadiran (kerjasama mereka untuk datang bermesyuarat)," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Bagaimanapun, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin isu tersebut yang kini hangat diperkatakan dalam media arus perdana akan diselesaikan dengan segera.

Menurut beliau, perkara tersebut akan dibincangkan menerusi mesyuarat bulanan PAS dalam masa terdekat.

"Tempoh masa untuk membincangkan mengenainya bergantung kepada keadaan yang akan diputuskan nanti, tapi saya yakin benda sekecil ini akan diselesaikan," katanya.

Meskipun Nasharudin mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan rakan sekutunya, Salahuddin berkata, mereka tiada masalah untuk bekerjasama dengan Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau bermula dengan PAS, saya percaya dia akan kekal bersama parti. Malah kami masih menerimanya sebagai rakan seperjuangan," ujarnya.

Semalam, Nasharudin dikecam hebat oleh kepimpinan tertinggi PAS ekoran kenyataan beliau yang mendakwa PAS semakin lemah dan mengetepikan prinsip Islam demi kepentingan politik.

Beliau bagaimanapun turut membidas kenyataan beberapa pemimpin parti itu yang mengkritik ucapannya yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu.

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, kenyataan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti pada Rabu ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan