Peneroka Felda Kelantan Bantah Cubaan Gagal Usaha Senarai FGVH Di Bursa Saham

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kira-kira 300 peneroka bersama generasi kedua Felda di Kelantan mengadakan perhimpunan aman di sini pada Ahad membantah cubaan pihak tertentu, khususnya pembangkang untuk menggagalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia.

Perhimpunan selama sejam di tapak Pasar Minggu Chiku mulai pukul 3 petang itu menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan yang dianggap boleh membantu memajukan hidup masyarakat Felda.

Perhimpunan anjuran bersama masyarakat peneroka Felda, dengan Majlis Belia Felda Kelantan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Pengerusi Majlis Belia Felda Kelantan, Mohd Nor Fazly Mohd Daud.

Nozula dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata para peneroka dan generasi kedua Felda perlu bangun menentang usaha pihak tertentu untuk mencampuri urusan dalaman Felda.

Mohd Nor Fazly pula berkata pihaknya akan menyatukan semua generasi kedua Felda bagi menentang segala usaha pihak tertentu yang ingin menjejaskan kehidupan masa depan peneroka dan generasi kedua.

Beliau berkata, generasi kedua Felda akan memperolehi banyak faedah daripada kemajuan yang dibawa kerajaan, berbanding kerajaan PAS Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan