Najib Azam Terus Bangunkan Pekan, Pahang

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berazam untuk terus membangunkan Pekan, Pahang, kawasan Parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan.

Perdana Menteri berkata beliau akan terus berbakti kepada penduduk Pekan dalam apa jua keadaan, "senang dan susah, pahit dan getir serta 'goge' (kecoh) atau 'libang libu', tapi saya beriltizam, hidup mati saya di Pekan dan bukan di tempat lain.

"Justeru itu saya bersikap 'babey' (degil) bila berdepan dengan suasana sedemikian. Biarpun orang suruh saya pindah, saya bersikap 'babey' kerana saya nak buktikan bahawa orang Pekan tetap menyokong saya dan Alhamdulillah kita telah buktikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri yang dihadiri hampir 6,000 warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Majlis itu dianjurkan Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) sempena ulang tahun kesepuluh penubuhan kelab itu.

Najib berkata walaupun beliau tidak dapat melayan setiap kehendak peribadi penduduk Pekan, namun beliau tetap akan mengabdikan diri untuk terus membina masyarakat Pekan.

Beliau berkata segala kemajuan yang dikecapi Pekan pada masa ini tidak mungkin menjadi realiti sekiranya beliau tidak mendapat sokongan yang padu daripada masyarakat Pekan.

Perdana Menteri juga berharap warga Pekan akan terus membantu beliau sebagai anggota Parlimen dan ketua kerajaan untuk melakukan perubahan yang besar kepada daerah yang mereka cintai itu.

"Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah.

"Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekanlah dapat rahmat dan manfaat daripada kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang.

"Sama ada sebagai timbalan menteri dulu, lepas itu jadi menteri besar, menteri dan kini sebagai ketua kerajaan. Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan saya telah mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi," katanya.

Najib berkata banyak perubahan yang sedang giat dijalankan di daerah itu, termasuk pembinaan Lebuhraya Pekan-Kuantan dan penaiktarafan Pekan Waterfront serta Muzium Pekan.

"Pekan sebagai salah satu hab pendidikan di mana daripada taraf sebuah universiti sampailah ke sebarang bentuk institusi pendidikan telah dapat kita wujudkan di sini.

"Ini tidak termasuk projek yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti projek agropolitan umpamanya yang sudahpun siap dan ada yang saya akan lancar yakni di Pulau Serai bulan ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan