KR1M Diperluas Ke Sarawak Mulai Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di negeri ini mulai tahun depan, bagi memastikan penduduk Sarawak juga berpeluang menikmati produk berkualiti pada harga berpatutan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim berkata sekurang-kurangnya tiga KR1M akan diwujudkan iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

"Ketika ini kementerian sedang dalam perbincangan dengan pihak Mydin untuk mengenal pasti lokasi yang strategik untuk kedai 1Malaysia dan pada masa yang sama berharap syarikat itu dapat menjadi pembekal produk 1Malaysia untuk kedai-kedai lain di negeri ini," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas pelancaran program "Kembali ke Sekolah", di sini hari ini, berkata produk berjenama 1Malaysia tersebut juga dijual di kedai-kedai yang memohon, selain boleh dijual di stesen minyak dan kedai koperasi.

Sementara itu mengulas isu berbeza, Rohani berkata pihaknya kini meningkatkan pemantauan terhadap peniaga bagi mencegah kenaikan harga barangan, berikutan pemberian Bantuan 1Malaysia (BR1M) dan kenaikan gaji penjawat awam di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selain bonus setengah bulan gaji.

Kementerian tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya, katanya.

Selain itu, kementerian juga akan melancarkan skim kawalan harga musim perayaan bermula 23 hingga 27 Dis ini untuk 12 produk tertentu sempena sambutan Hari Krismas, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan