Keputusan Ujian 200 Barangan KR1M Seminggu Lagi - Berita Semasa | mStar

Keputusan Ujian 200 Barangan KR1M Seminggu Lagi

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Keputusan ujian 200 produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), yang dihantar ke makmal Kementerian Kesihatan bagi memastikan barangan berkenaan selamat dan memenuhi standard ditetapkan, akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemeriksaan produk itu dilakukan berikutan tohmahan pihak-pihak tertentu yang kononnya barangan keperluan berasaskan makanan yang dijual di kedai itu tidak berkualiti.

Ismail Sabri berkata pihak-pihak tertentu terutamanya pihak parti pembangkang dilihat sengaja mempolitikkan pelbagai perkara dan apa juga tindakan yang dibuat pihak kerajaan termasuk dalam pelaksanaan kedai Rakyat 1Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Kerayong, dekat sini pada Ahad, kerajaan mensasarkan 25 buah kedai seumpama itu dibuka sebelum akhir tahun ini.

KR1M di Kerayong Bera adalah yang ke-24 setakat ini," katanya.

Beliau menafikan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia menyekat rezeki peniaga kedai runcit.

"Kedai Rakyat 1Malaysia tidak menyekat perniagaan malah membenarkan kedai kedai terbabit menjual produk 1Malaysia dengan syarat mereka menyediakan rak barang berasingan," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan