D'Cruz Tidak Bertanding Pada PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Timbalan Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Saya tidak akan bertanding tapi beri orang lain peluang untuk bertanding. Sesiapa yang betul-betul nak bertanding kita bagilah," kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Beliau berkata senarai cadangan calon PPP bagi pilihan raya umum akan datang telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

"Senarai nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 ini akan diputuskan Perdana Menteri. Begitu juga, sama ada berlaku pertukaran kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di antara parti komponen BN akan juga ditentukan oleh Perdana Menteri... terpulang pada beliau (Perdana Menteri)," katanya.

Katanya kali ini BN akan mengemukakan calon yang boleh menang.

"Bukan macam dulu, kita letakkan siapa pun kita boleh menang. Kali ini susah sikit kerana nak menentukan 'winnable candidate'. Begitu juga dengan PPP, kita tidak ambil sebarang orang... kita pun tengok kemampuan calon itu.

"Bukan kita saja nak ambil untuk dapatkan kerusi, tak ada... itu mungkin kita kalah nanti, maka kita pun tengok calon itu betul-betul ada pengundi yang sokong dia di kawasan itu," katanya.

Beliau yakin pendekatan yang diambil Perdana Menteri ini akan memberi B Nlebih peluang untuk menang dan menubuhkan kerajaan, baik di Parlimen dan merampas kembali negeri yang ditadbir parti pembangkang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan