1,155 Premis Makanan Sertai Program Menu Rakyat 1Malaysia - Berita Semasa | mStar

1,155 Premis Makanan Sertai Program Menu Rakyat 1Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehingga 16 Disember lepas, sebanyak 1,155 buah premis menjual makanan menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia berbanding hanya 611 ketika baru dilancarkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Tan Lian Hoe berkata daripada jumlah itu, Perak mendahului dengan 213 penyertaan, diikuti Selangor (142), Terengganu (134), Kedah (113) dan Pahang sebanyak 110 buah premis makanan.

"Peningkatan memberangsangkan daripada segi jumlah penyertaan premis sejak program ini diperkenalkan pada 7 Julai lepas adalah disebabkan ia membantu strategi pemasaran semua peserta dalam menarik lebih ramai pelanggan dan secara tidak langsung mampu meningkatkan jumlah pendapatan mereka," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Zainun Abu Bakar mengenai jumlah premis makanan yang telah menyertai program tersebut pada persidangan Dewan Negara, di sini Isnin.

Beliau berkata KPDNKK juga sentiasa berusaha memastikan peningkatan penyertaan premis makanan terutama di kawasan pinggir dan luar bandar.

"Pihak kementerian juga akan berbincang dengan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan untuk menyertai program ini sama seperti kafe di KPDNKK dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Begitu juga dengan penyertaan institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara seperti yang telah dilaksanakan di dua buah kafe di Universiti Malaya," katanya.

Menjawab soalan tambahan Zainun mengenai langkah kementerian dalam memastikan harga dan mutu makanan mengikut standard yang ditetapkan, Tan berkata setiap minggu KPDNKK negeri akan memantau semua premis supaya memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

"Daripada segi kebersihan pula, KPDNKK bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memantau tahap kebersihan premis makanan yang menyertai program ini," katanya.

Premis yang gagal mematuhi standard akan dibatalkan penyertaannya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan