Pengasingan Sisa Pepejal Oleh Isi Rumah Bermula September Tahun Depan

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Langkah untuk menggalakkan isi rumah mengasingkan sisa pepejal dan sisa kitar semula akan dilaksanakan pada September tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata melalui pengasingan sisa pepejal ini, syarikat konsesi terbabit memungut sisa kitar semula sekali seminggu.

Langkah ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum diperluaskan ke bandar bandar besar lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan di sini Ahad.

"Dalam masa yang sama kita akan beri galakan dan melaksanakan kempen-kempen kesedaran mengenai amalan kitar semula ini dan setelah tiga atau empat tahun, apabila tahap kesedaran masyarakat sudah cukup tinggi kita akan mewajibkan semua penduduk untuk mengasingkan sisa-sisa ini dan mereka yang engkar akan didenda," tegasnya.

Chor berkata jika rakyat di negara ini dapat mempraktikkan sepenuhnya amalan mengitar semula, sebanyak 40 peratus sisa organik dan sisa yang dibuang dapat dikurangkan, daripada 25,000 tan sisa dijana setiap hari.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata daripada 166 tapak pelupusan yang beroperasi di negara ini, hanya lapan yang bertaraf sanitari, menjadikan selebihnya berpotensi untuk mencemarkan alam sekitar terutama sumber alam sekitar terutama sumber air dan udara.

Beliau berkata tapak-tapak itu juga menjadi titik panas dalam menyebarkan penyakit bawaan vektor seperti tikus dan seterusnya menjejaskan kesihatan awam.

"Oleh itu, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab mesti memainkan peranan kita menangani masalah sisa pepejal dengan mengamalkan 3R Reduce (mengurang), Reuse (guna semula) dan Recycle (mengitar semula)," katanya.

Chor pada majlis sama turut melancarkan talian bebas tol aduan sisa iaitu 1-800-88-7472 (SISA) yang membolehkan pengguna dari seluruh negara, kecuali Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang setakat ini tidak terlibat dengan pelaksanaan Akta 672 (pembersihan sisa pepejal dan pembersihan awam), membuat aduan mengenai masalah sampah, longkang atau rumput, serta memberikan idea-idea berkaitan.

Beliau turut melancarkan RoadTour 1Malaysia bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan bergerak ke seluruh Semenanjung selama seminggu mulai hari ini bagi mendekati orang ramai dan menyebarkan maklumat mengenai kitar semula.

Acara lain dalam sambutan itu termasuklah Larian Jom Kitar Semula yang tidak mengenakan bayaran sebaliknya peserta perlu membawa sisa kitar semula seperti surat khabar lama, botol plastik dan tin aluminium untuk pendaftaran, di samping aktiviti kitar semula seperti mengajar pengunjung kaedah membuat kompos serta acara melukis dan mewarna bertemakan kitar semula. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan