Pemimpin PAS Perlu Selesai Dua Solat Jumaat Dalam Satu Kariah

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: PAS dan pemimpinnya perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam sehingga berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, pemimpin PAS sepatutnya memperbetulkan perkara itu kerana ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat.

"Masjid tempat perpaduan, kita menyeru kepada kebaikan, bukan menyemai benih perpecahan dan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga Wisma Darul Iman, di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam yang melahirkan rasa dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri ini masih berlaku.

Baginda bertitah kejadian itu boleh mencemarkan kesucian agama Islam sekaligus menyebabkan Islam dihina dan dipermainkan.

Ahmad berkata PAS melalui kepimpinan tertinggi parti itu perlu bersungguh-sungguh dengan mengikis sikap ego mereka agar penyokongnya tidak lagi terikut-ikut dengan "fatwa" mewajibkan solat berasingan dengan umat Islam khususnya orang UMNO.

Beliau berkata parti tersebut sepatutnya dipersalahkan kerana membeza-bezakan antara masjid milik kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan masjid PAS sehingga menyebabkan umat Islam berpecah belah.

Katanya, amalan seumpama itu mesti dihentikan bagi memastikan keharmonian di kalangan umat Islam terus kukuh dan perpecahan dapat dielakkan daripada menjadi bertambah serius.

"Patut tidak timbul soal ini kalau betul-betul berjuang demi agama. Apa yang berlaku kini soal politik kepartian telah mengatasi Islam," katanya.

Ahmad berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di negeri ini sehingga mendorong kejadian solat berasingan dalam satu kariah, kebanyakannya di Besut.

Sehubungan itu beliau menggesa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) supaya mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah tersebut demi kepentingan umat Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan