Pakatan Pembangkang Selalu Tidak Sepakat Dalam Perjuangan:Ketua Puteri Umno

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Mana-mana pakatan parti pembangkang yang baru ditubuhkan selalunya tidak sepakat dalam perjuangan mereka, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Ahad.

Katanya biarpun tujuan bersatu dengan matlamat yang sama ialah untuk menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional (BN), perjuangan parti masing-masing pula berbeza.

"Saya suka merujuk mereka (pakatan parti pembangkang) sebagai kumpulan kerana mereka sebenarnya mempunyai agenda masing-masing. Biarpun mereka tidur sebantal, tetapi mimpi berbeza-beza.

"Kita ambil contoh pakatan pembangkang di Semenanjung yang mana matlamat satu parti ialah untuk menyelamatkan atau menegakkan keadilan ke atas seseorang. Satu parti lagi pada asalnya mahu mewujudkan negara Islam, tetapi kini mahu mewujudkan negara kebajikan. Satu lagi mahu memperjuangkan nasib satu bangsa sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penubuhan Pakatan Borneo Bersatu antara parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak.

Penubuhan pakatan tersebut, yang diumumkan presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan Barisan Borneo Bersatu dan juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada Jumaat lepas, dikatakan akan memberi cabaran kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata penubuhan satu pakatan parti pembangkang baru tidak akan menjejaskan Umno dan parti komponen BN yang lain untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

"Kita harus percaya kepada keupayaan rakyat untuk menilai parti mana yang mampu berkhidmat dan membela nasib mereka.

"Kita bukan mahu menggunakan sejarah sebagai kekuatan, tetapi kita mahu rakyat melihat apa yang telah dilakukan dahulu hingga sekarang. BN tidak pernah mengetepikan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan