Kerajaan Sedia Dana RM8 Juta Untuk Perniagaan Francais

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM8 juta sebagai pinjaman kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan francais.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana berkenaan bertujuan membolehkan lebih ramai rakyat terutamanya golongan muda menyertai bidang perniagaan francais.

"Sehingga ini sebanyak RM1 juta pinjaman telah pun diluluskan kepada 60 usahawan bagi menjalankan perniagaan francis di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Francais Malaysia di Kerayong dekat sini, Ahad.

Ismail Sabri berkata pinjaman diberikan antara RM10,000 hingga RM50,000 dengan syarat usahawan terbabit mendapat perakuan daripada pihak francaisor terlebih dahulu.

Beliau berkata kerajaan menyasarkan seramai 200 lagi usahawan akan diberikan baki pinjaman dana berkenaan.

"Kita amat berharap lebih ramai golongan muda dan peniaga menyertai bidang perniagaan francais di masa akan datang kerana menjanjikan pulangan yang lumayan," katanya.

Beliau berkata sehingga ini seramai 5,315 francaisi telah didaftarkan dengan 576 francaisor yang mana sebahagian besarnya menjalankan perniagaan berasaskan makanan.

Dalam perkembangan berkaitan Ismail Sabri berkata Akta Francais akan dipinda tahun depan bagi membolehkan usahawan yang menjalankan perniagaan francais itu terjamin dan tidak dikenakan bayaran yang terlalu mahal oleh francaisor.

"Walaupun pada masa kini usahawan kecil francais menjalankan perniagaan secara baik dengan segala kemudahan termasuk pengiklanan disediakan, namun ada sesetengah francaisor mengenakan caj bayaran yang mahal kepada mereka," katanya.

Katanya pindaan akta tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan dilihat akan lebih menjamin usahawan terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan