Isu Banjir Kilat Jalan Tun Razak: Penyelesaian Segera Dituntut

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Banyak pihak menuntut penyelesaian segera dicari berikutan insiden banjir kilat ekoran hujan lebat yang melanda sekitar Jalan Tun Razak di sini, Selasa lepas.

Mereka berpendapat isu banjir kilat di kawasan arteri utama di ibu kota itu sudah berlarutan sejak sekian lama, dan sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah kepada lalu lintas yang lumpuh dan ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda setiap kali hujan lebat turun.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata langkah penyelesaian holistik perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

"Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk menyelesaikan masalah ini. Ia memerlukan campur tangan pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata peruntukan besar diperlukan untuk membina lebih banyak sistem penahan banjir dan membuat lencongan sungai.

"Ini berbalik semula kepada kerajaan persekutuan untuk mengeluarkan peruntukan yang secukupnya bagi memastikan projek meningkatkan saliran dapat dibuat sebaik mungkin," kata Johari. Beliau berkata penglibatan kerajaan persekutuan perlu memandangkan DBKL dan KWPKB mungkin mempunyai peruntukan terhad dan tidak mampu menyelesaikan masalah banjir kilat secara sendiri.

Johari yang juga Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa berkata pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai masalah yang timbul bila berlaku banjir, terutamanya melibatkan penduduk Kampung Baru yang perlu berpindah.

Beliau menegaskan cadangan pembinaan sistem penahan banjir dan lencongan sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu dibuat dalam kadar segera.

Dalam pada itu, 10 lokasi dikenalpasti menerima taburan hujan luar biasa di sekitar Kuala Lumpur, termasuk Jalan Tun Razak dan Cheras, yang menjurus kepada banjir kilat itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata Sungai Bunus, anak sungai yang mengalir berhampiran Jalan Tun Razak, Kampung Baru, Jalan Semarak dan beberapa tempat di Setapak, tidak mampu menampung jumlah air hujan Selasa lepas, sehingga melimpah ke Jalan Tun Razak dan kawasan sekitarnya.

"Saya akan cuba membawa hal ini ke pengetahuan kabinet untuk memperuntukkan RM20 juta bagi kerja pengalihan aliran air melibatkan Sungai Bunus ke Sungai Gombak melalui Taman Tasik Titiwangsa," katanya pada satu majlis di Cheras. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan