Interlok Patut Diharamkan Daripada Dipinda:Karpal Singh

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keputusan kabinet menarik balik novel kontroversi, Interlok, daripada dijadikan bahan sastera Bahasa Melayu tahun hadapan sangat dialu-alukan oleh DAP. Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata walaupun terlalu banyak pindaan dibuat terhadap kandungan novel berkenaan yang dianggap menghina masyarakat India, masih lagi ada rasa tidak puas hati, lebih baik bahan itu diharamkan terus.

"Apa gunanya meminda terlalu banyak sehingga menukar bentuk asli novel berkenaan. Yang paling mustahak buku teks itu diharamkan sepenuhnya kerana beberapa aspek dalam novel itu dianggap sensitif oleh masyarakat India," katanya di satu sidang akhbar di Ayer Itam di sini Sabtu.

Laporan pada Sabtu menyebut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata bahawa Kabinet memutuskan baru-baru ini untuk menggugurkan bahan sastera berkenaan daripada dijadikan buku teks Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima, mulai tahun hadapan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan