SPRM Memang Sedang Siasat NFC

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menafikan dakwaan kononnya ia tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

"Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 yang menyatakan projek tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan," kata SPRM dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menjelaskan, semasa dalam proses pengumpulan bukti dan keterangan tersebut, SPRM telah menerima aduan daripada satu kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperolehi oleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8juta yang dibeli di Lembah Klang.

Namun setelah meneliti aduan itu, Jawatankuasa Menerima Maklumat SPRM mendapati ia tidak mengandungi unsur rasuah dan ia akan dirujuk kepada pihak polis.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM tetap mengambil tindakan terhadap maklumat atau aduan yang berkaitan rasuah sebaliknya aduan atau maklumat yang tidak berkaitan unsur rasuah akan dirujuk kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Pada 2009 sebanyak 313 kes dan pada 2010 sebanyak 210 kes yang diadukan kepada SPRM telah dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala polis pula telah merujuk 102 aduan pada 2009 dan 95 aduan pada 2010 kepaad SPRM.

Dalam pada itu, sumber-sumber SPRM pula memberitahu akhbar The Star, mereka kini turut menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur campur tangan daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam proses penganugerahan tender projek tersebut kepada suami dan juga anak-anaknya.

Ini termasuklah sama ada beliau memperolehi sebarang faedah daripada projek berkenaan atau terlibat dalam mempengaruhi pemberian pinjaman bernilai RM250 juta itu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan