Skim Perkhidmatan Sektor Awam M'sia Antara Yang Terbaik Banding Dengan Negara Lain

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan berkuat kuasa Januari depan adalah skim terbaik yang disediakan kerajaan untuk penjawat awam berbanding sektor awam negara lain.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Yeow Chin Kiong berkata, antara kebaikan yang terdapat dalam skim berkenaan ialah penjawat awam bertaraf pencen tidak perlu membuat caruman sepanjang perkhidmatan selain diberi kemudahan perubatan di hospital kerajaan seumur hidup termasuk tanggungan mereka.

"Di negara lain, penjawat awam perlu mencarum kepada dana sepanjang perkhidmatan...kos perubatan pun mereka bayar sendiri atau beli insurans sendiri berbanding di Malaysia," katanya pada program Ala Carte Pagi Bernama Radio24.

Beliau menjelaskan, kerajaan menyediakan skim persaraan dan memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembayaran pencen kerana tidak mahu penjawat awam bimbang keadaan kewangan mereka selepas bersara.

"Kita mahu (penjawat awam) tumpukan perhatian 100 peratus kepada kerja dan tugas semasa bekerja," katanya.

Yeow turut menasihatkan penjawat awam agar tidak melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dibuang kerja kerana ia akan menjejaskan faedah persaraan.

Menjawab soalan mengenai penjawat awam yang menyuarakan tidak puas hati dengan skim saraan pencen di negara ini, beliau berkata mereka tidak wajar berbuat demikian kerana kerajaan telah merancang masa depan lebih terjamin buat mereka.

"Buat masa ini apa yang kita berikan lumayan sekiranya kita (penjawat awam) tidak ada apa-apa tanggungan semasa persaraan. Dengan menggunakan nilai gaji akhir yang paling rendah pun, kita dibekalkan dengan bekalan hidup RM1,000 sebulan.

"Isunya sekarang di mana kita bermastautin dan sama ada kita ada tanggungan-tanggungan kewangan yang berat. Ini semua hal ehwal rancangan untuk masa depan kita," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan