Kementerian Lantik 7 Panel Penasihat Pembaharuan Sistem Pendidikan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu kumpulan panel yang terdiri daripada tokoh-tokoh industri dan juga pendidikan telah dibentuk untuk menasihati kerajaan dalam pembaharuan sistem pendidikan negara.

Anggota-anggota panel itu antara ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan Khazanah Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar.

Mereka akan diketuai oleh Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Lain-lain anggota panel ialah Tan Sri Zarinah Anwar, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah, Datuk Profesor Dr Ab Rahim Selamat.

Tujuh anggota panel penasihat itu akan membuat laporan serta cadangan hasil kajian dan pemerhatian mereka kepada Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan mereka dibuat oleh Muhyiddin baru-baru ini.

Adalah difahamkan antara lain mandat penting panel ini adalah untuk menentukan sama ada persekitaran pembelajaran persekolahan kita menggalakkan kreativiti dan eksperimentasi menjadi keutamaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan