Chong Wei Gagal Pertahan Kejuaraan Terkandas Di Separuh Akhir Siri Super Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraannya apabila tewas di pusingan separuh akhir kepada pemain China, Chen Long pada aksi separuh akhir Kejohanan Siri Super Dunia di Stadium Li Ning, China awal pagi Sabtu.

Chen Long menewaskan Chong Wei 21-16 16-21 21-18 dalam masa 1 jam 19 minit dan bakal bertemu rakan senegaranya, Lin Dan ataupun Peter Hoeng Gade (Denmark) pada aksi akhir Ahad.

Dengan kekalahan ini menyaksikan Chong Wei gagal merangkul gelaran juara yang dimenanginya pada tahun 2008,2009 dan 2010 pada kejohanan berprestij ini.

Chong Wei merupakan satu-satunya wakil negara yang beraksi di peringkat separuh akhir selepas pasangan beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas pada kesemua tiga perlawanan Kumpulan B.

Kejohanan itu adalah kemuncak dalam siri Super Dunia OSIM BWF di mana lapan pemain utama perseorangan lelaki dan wanita, beregu dan beregu campuran bersaing merebut hadiah keseluruhan wang tunai AS$500,000 (RM1.6 juta).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan