TNB Dapat Kelulusan Kerajaan Selangor Teruskan Projek Pencawang Masuk Utama Mahkota Cheras

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd memperoleh kelulusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan projek Talian Atas ke Pencawang Masuk Utama Mahkota Cheras yang telah tertangguh sejak Oktober 2010, akibat bantahan daripada penduduk.

Naib Presiden (Penghantaran) Datuk Rozimi Remeli berkata beliau berharap projek yang menelan belanja RM91 juta itu dapat diteruskan bagi menjamin bekalan elektrik yang mantap, khususnya kepada penduduk sekitar Cheras dan Balakong.

"Pembekalan elektrik ini juga kritikal bagi operasi cadangan loji rawatan air Langat 2 dalam memastikan bekalain air bersih yang mencukupi untuk negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan pada masa hadapan," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Rozimi berkata TNB berharap dapat meneruskan projek tersebut pada bulan depan, dan dijangka dapat disiapkan pada Ogos tahun depan.

"Kami akan memberi taklimat kepada penduduk di kawasan setempat, terutama penduduk di Taman Cheras Hartamas dan Taman Bukit Segar Jaya, pada 21 Dis ini untuk menjawab segala kebimbangan penduduk, dan berharap mereka akan memberi kerjasama kepada kami," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan