Tidak Ada Minyak Masak Kitar Semula Di Pasaran - Liow Tiong Lai

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan belum menemui minyak masak yang dikitar semula di pasaran seperti mana yang dihebohkan oleh sesetengah pihak, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Liow berkata, sejak menerima laporan, pegawai kementerian itu telah memeriksa dan memantau di enam buah negeri, namum masih tidak menjumpai bekalan itu.

Justeru, beliau meminta mana-mana pihak yang mendapati bekalan itu dijual di pasaran supaya terus menghubungi kementerian itu untuk tindakan segera.

"Kita tidak akan bertolak ansur dari segi keselamatan makanan. Pemantau telah dijalankan di Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Sabah, Terengganu, Selangor dan Sarawak yang melibatkan 40 sampel minyak masak. Hasil kajian menunjukkan semua sampel tersebut merupakan minyak sawit tulen dan tiada kesan campuran dengan minyak masak tempatan.

"Kerajaan tidak membenarkan minyak masak kitar semula dijual di pasaran. Kalau orang ramai mendapati ada pihak yang menjual minyak itu, sila lapor kepada kementerian, katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama wakil industri pengeluar makanan di sini, Jumaat.

Liow berkata, pihak yang disabit kesalahan mengikut Akta Makanan 1983 (Seksyen 13 B) boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga menasihatkan orang ramai atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak membuat pengumuman atau mengambil tindakan sendiri sekiranya terdapat pihak yang menjual bekalan minyak masak tersebut. Katanya, ujian sampel yang telah dijalankan ke atas minyak masak menunjukkan bahawa ia menepati mutu dan piawaian yang ditetapkan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi berkata, ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna.

Menurut beliau sampel yang dihantar NGO untuk diuji di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa dengan 13 sampel menunjukkan bahan campuran berada antara 28.4 hingga 70.8 peratus. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan