Terengganu Tambah RM28 Juta Untuk SBPA

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu menyediakan peruntukan tambahan RM28 juta untuk melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bermula tahun depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah berkata daripada jumlah itu RM14 juta adalah untuk gaji kakitangan perkhidmatan awam manakala selebihnya untuk gaji kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Bercakap pemberita ketika ditemui selepas Program Temu Mesra SUK bersama kakitangan Kompleks Sri Iman di sini hari ini, beliau berkata peruntukan itu melibatkan kenaikan purata 10 peratus gaji penjawat awam.

Mazlan juga berkata kerajaan sehingga kini telah meluluskan sebanyak 12,000 jawatan kakitangan awam negeri, tetapi hanya 8,000 jawatan yang telah diisi manakala yang lain dibekukan sementara.

"Tapi dengan skim baru ini kita belum tahu lagi macam mana, sebab sekarang ini kerajaan belum membenarkan kita mengeluarkan iklan jawatan kosong," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan