Sultan Mizan Dukacita Kejadian Dua Solat Jumaat Masih Berlaku Di Terengganu

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran masih berlaku di beberapa daerah di negeri itu.

Baginda bertitah kejadian itu berlaku disebabkan tidak wujud persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi.

"Semua ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda, umat Islam dihina dan dipermainkan.

"Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering di sini Jumaat.

Turut berangkat Yang DiPertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az. Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Sultan Mizan menyeru umat Islam di negeri itu supaya bersama-sama mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak yang bertelagah supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan sejahtera.

Baginda turut menyeru umat Islam supaya sama-sama mengimarahkan masjid kerana tidak guna mendapat masjid yang cantik dan tersergam indah jika tidak digunakan dengan sebaiknya.

Sultan Mizan yang baru sahaja menamatkan tugas sebagai Yang DiPertuan Agong ke 13 dan dua anakanda baginda selepas itu bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di situ. Masjid Sultan Ismail yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Raja di kalangan pendududuk tempatan, mula dibina dengan bangunan baru sejak tahun 2008 dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta.

Masjid ia mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam sesuatu masa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan