Pembangkang Perlu Rasional Soal Bilangan Penjawat Awam

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang seharusnya bersikap rasional dan objektif dalam membuat perbandingan mengenai bilangan penjawat awam di Malaysia dengan negara luar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata perbandingan yang dibuat tidak harus melihat kepada bilangan semata-mata sebaliknya melihat definisi perkhidmatan awam antara negara-negara yang dibandingkan.

Menurutnya seperti di beberapa negara maju, perkhidmatan awam tidak merangkumi kakitangan di bidang pendidikan dan petugas keselamatan.

"Maknanya, guru-guru tidak dianggap sebagai penjawat awam. Di Amerika Syarikat (AS), misalnya, guru dilantik oleh kerajaan negeri dan polis serta tentera juga bukan (digolongkan) sebagai penjawat awam.

"Tetapi, di negara ini, ketiga-tiga kategori itu merupakan anggota perkhidmatan awam yang berjumlah 1.3 juta orang termasuk 500,000 guru," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Negara, Khamis.

"Justeru, kalau hendak buat perbandingan, biarlah perbandingan antara 'epal dan epal'. Epal tidak boleh dibandingkan dengan oren," katanya sambil menempelak pemimpin pembangkang yang berhasrat mengurangkan penjawat awam jika dapat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Mengenai cadangan mengurangkan pertindihan fungsi dan tugas jabatan kerajaan, Dr Koh berkata menerusi komitmen Program Transformasi Kerajaan (GTP), setiap kementerian dan jabatan digalakkan menjalinkan kerjasama yang erat.

Bagi menggalakkan penyertaan kaum lain dalam perkhidmatan awam pula, beliau berkata kerajaan giat menjalankan pelbagai usaha termasuk mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

“Kita nampak ada peningkatan dari segi bilangan pemohon dan pelantikan dalam tiga tahun kebelakangan ini membabitkan kaum Cina dan India dalam perkhidmatan awam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan