Peguam Negara Tunggu Draf Pindaan Peraturan Pilihan Raya Daripada SPR

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihaknya masih menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan draf pindaan peraturan pilihan raya berhubung penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang.

"Mereka (SPR) akan kemukana draf dulu. Kemudian, mereka akan duduk dan berbincang dengan kami mengenai pindaan peraturan-peraturan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani ratifikasi perjanjian bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dan United Kingdom di sini Jumaat.

Pada 3 Dis lepas, SPR mengesahkan akan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selepas tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) menggunakan kaedah itu dipersetujui dan diluluskan oleh Parlimen.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata berikutan itu, sedikit pindaan akan dilakukan ke atas Undang-undang Peraturan (Penjalanan Pilihanaraya) 1981.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Gani berkata: "Pergilah tanya dia. Kalau saya cakap, apa pula kan...Dia kawan baik saya".

Dalam pada itu, beliau berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan akan menentukan calon yang akan dilantik menggantikan Mohd Yusof.

"Pengerusinya bukan Abdul Gani Patail. Abdul Gani adalah seorang anggota dari pihak perundangan. Calonnya akan dipilih dan perakuan akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan," katanya.

Menurut sumber, Mohd Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatan untuk kali ketiga dan kali ini telah diterima.

Mohd Yusof adalah orang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun.

Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Jan atau 1 Feb depan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan