Parti Politik Diminta Bantu SPR Semak Daftar Pemilih

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta parti-parti politik di negara ini supaya bekerjasama untuk membersihkan daftar pemilih dengan membuat semakan bagi mengelakkan rasa tidak puas hati menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan sesetengah pihak terutama parti pembangkang yang sering mengaitkan daftar pemilih dengan pengundi hantu amat dikesali.

"Cukup-cukuplah guna isu daftar pemilih, pengundi hantu kerana ia isu lapuk dan kita (SPR) bukannya berdiam diri, banyak langkah kita buat untuk pastikan daftar pemilih kita bersih," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Wan Ahmad berkata pembangkang yang sentiasa membangkitkan isu pengundi hantu seharusnya tampil bersama bukti dan tidak hanya membuat tuduhan membabi buta.

"Siapa pengundi hantu itu? Dah tengok? Kalau ada kenapa tak tangkap sebab SPR memang nak tangkap pengundi hantu ini dan hadapkan ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata isu pengundi hantu tidak sepatutnya timbul kerana parti-parti yang bertanding mempunyai wakil di setiap saluran mengundi dan ia jelas menunjukkan sistem pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

"Kalau nak bercakap soal politik atau cari kemenangan dalam pilihan raya jangan kaitkan SPR atau daftar pemilih kerana kami tidak berkait dengan sesiapa, sebaliknya berusaha menyediakan data yang sebersih mungkin termasuk mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia dari daftar pemilih," katanya.

Menurut Wan Ahmad, bagi tempoh Januari hingga Septemper lepas hampir 60,000 nama pengundi yang telah meninggal dunia dibersihkan dari senarai daftar pemilih di seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan disemak oleh SPR sendiri.

"Kita tidak boleh terus keluarkan sesuatu nama dari daftar pemilih tanpa pengesahan dari pihak berwajib dan jika ada nama yang kita ragui kita pamer, sebab itu kita galakkan orang ramai atau parti-parti politik buat semakan setiap kali kita pamer senarai daftar pemilih ini," katanya.

Wan Ahmad sekali lagi memberi jaminan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang adalah daftar pilihan raya sebersih-bersihnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan