Mukhriz Harap Kekal Di Jerlun Dalam PRU-13

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berharap beliau akan kekal bertanding di kawasan Parlimen Jerlun jika terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Mujhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, beliau akur jika pucuk pimpinan parti membuat keputusan untuk meletakkannya bertanding di kawasan lain.

"Saya akan mengikut apa sahaja keputusan nanti," katanya kepada pemberita pada Program Kayuhan Mesra Rakyat 1Malaysia anjuran MCA Bahagian Jerlun dekat sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa beliau mungkin dicalonkan di Langkawi bagi menyambung legasi bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sangat sinonim dengan usaha membangunkan pulau peranginan itu.

Mukhriz, yang menang kerusi Parlimen Jerlun pada pilihan raya umum lepas berkata, beliau merasakan tidak ada sebab beliau perlu berpindah ke kawasan lain.

"Sebelum membuat sesuatu keputusan, semua perkara perlu diambil kira kerana ini adalah soal mesti menang.

"Jika saya dicalonkan di kawasan lain, apa yang akan berlaku di Jerlun. Pada PRU ke-12, kita menang empat kerusi (daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah). Jadi untuk PRU akan datang tak tentu lagi kita boleh menang lebih daripada itu," katanya.

Mukhriz berkata, pucuk pimpinan mempunyai pilihan daripada segi siapa calon yang sesuai untuk dicalonkan di satu-satu kawasan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan