Lesen Sementara Untuk Perkhidmatan Bas

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengeluarkan lesen sementara kepada mana-mana pengendali bas yang bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cityliner.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Kamal, perkhidmatan tambahan itu boleh disediakan oleh pengendali dari industri lain selagi mereka mengikut undang-undang, standard dan keselamatan perkhidmatan.

SPAD kini sedang berunding dengan pengusaha-pengusaha bas bagi menyediakan langkah sementara.

“Ia tidak boleh selesai dalam satu malam. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan seperti tambang, dana dan subsidi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Nur juga berkata, SPAD telah mengemukakan cadangan pelan transdormasi bas kepada Kerajaan sambil menambah ia akan dibincangkan pada minggu depan.

“Sebahagian daripada cadangan itu turut termasuk bantuan kepada pengusaha bas berdasarkan formula bayaran per-kilometer,” katanya.

SPAD dijangka mengumukan keputusan Kerajaan untuk membantu industri bas henti-henti yang bermasalah menjelang akhir bulan ini.

Konsortium itu akan mengadakan pertemuan dengan pengendali bas Konsortium Transnasional Bhd (KTB) pada Jumaat untuk membincangkan langkah sementara.

KTB pada Selasa digantung perkhidmatannya bagi bas Cityliner di Selangor yang mencatatkan kerugian RM8 juta setahun dan keadaan itu menjejaskan 80,000 pengguna bagi kemudahan itu.

Kerajaan negeri Selangor berkata, ia tidak akan menyelamatkan KTB dan kerajaan tempatan membayangkan model pengangkutan lebih murah.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai model berkenaan.

Khalid berkata, beliau tidak memberi subsidi kepada KTB kerana berbuat demikian menyamai dengan mengenaikan bayaran cukai dua kali ganda.

Pengarah Eksekutif KTB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, beliau mengalu-alukan penyelesaian sementara tetapi SPAD perlu mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

Ketika ditanya mengenai penyelesaian jangka panjang yang boleh digunakan, Tengku Hasmadi membangkitkan semula sama ada Kerajaan Persekutuan atau Selangor perlu memberi subsidi kepada perkhidmatan KTB.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan