Kawal Atur, Kemudahan Perniagaan Yang Kondusif Penting Untuk Rangsang Negara:Mustapa

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekitaran kawal atur kemudahan perniagaan yang kondusif merupakan faktor penting bagi membantu merangsang negara keluar daripada masalah ekonomi dan kewangan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Jumaat.

Sebagai sebuah negara yang bergantung terhadap perdagangan, Malaysia tidak terlepas daripada kesan negatif krisis ekonomi dan kewangan, katanya.

"Ini menjelaskan mengapa Malaysia baru-baru ini memperkenal beberapa langkah liberalisasi dan mengurangkan halangan ke atas pelaburan asing dalam sektor utama.

"Walaupun apa sahaja cabaran yang kita hadapi, kerajaan akan terus menolak perlindungan dan tidak akan meningkatkan halangan terhadap perdagangan antarabangsa," katanya.

"Dalam tempoh yang mencabar ini, kesilapan besar yang mungkin dilakukan oleh sesebuah negara ialah melihat kedudukan dalaman dan cenderung untuk melaksanakan perlindungan.

"Kini sekatan halangan baharu semakin meningkat. Kita berharap langkah ini hanya sementara dan kerajaan akan lebih bertanggungjawab dan komited untuk menghapuskan trend negatif ini," katanya dalam satu kenyataan sempena Persidagan Peringkat Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Kelapan di Geneva.

Mustapa berkata Malaysia yakin peranan utama WTO, sebagai pengawal perdagangan multilateral, mesti ditingkatkan dan didukung.

Bagi memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada anggota, peranan dan fungsi majlis sedia ada dan jawatankuasa boleh diselaras dan diperkukuh supaya lebih responsif, relevan dan bersesuaian dengan isu-isu dan cabaran global," katanya.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyokong penuh pertukaran pandangan bagi meningkatkan persefahaman dan memperkukuh keyakinan sesama anggota mengenai objektif, kandungan dan pendekatan dasar yang menyokong inisiatif serantau, dan berharap dapat diselaraskan dan menjadi pelengkap antara perjanjian perdagangan serantau dan WTO. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan