Isu Calon Petanda PAS Semakin Menyimpang Dari Matlamat Asal - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu calon pilihan raya umum ke-13 dalam parti PAS menunjukkan parti itu kini berada di persimpangan bagi menentukan hala tujunya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan parti tersebut menyimpang daripada matlamat asal.

"...mereka (PAS) kini berada di persimpangan jalan, di antara perjuangan menegakkan cita-cita Daulah Islamiah atau menegakkan sebuah kerajaan berkebajikan.

"Justeru apa yang disuarakan oleh Datuk Dr Hasan dan Nasharudin itu jelas adalah satu manifestasi ketidakpuasan hati mereka berdua kerana PAS kini dilihat telah semakin tersimpang dari matlamat asal penubuhannya," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan ditemui pemberita selepas Perasmian Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia dan Nasharudin yang mewakili kawasan Parlimen Bachok akan digugurkan daripada senarai calon PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan PAS cuba membariskan calon yang kena dengan "selera" parti sekutu mereka DAP.

"Walaupun kita (Umno) berbeza pendapat dan pegangan ideologi politik, tetapi tentu sekali kita (Umno) tidak rela parti yang dikatakan berlandaskan Islam ditunggangi oleh parti yang idealisme perjuangan dan falsafah politik yang nyata berbeza matlamat," katanya.

"Kita tidak mengambil kesempatan terhadap perpecahan dalaman PAS itu, tetapi kita sedia membuka pintu tanpa mereka perlu masuk menjadi anggota Umno asalkan perjuangan kita itu turut diberikan sokongan oleh mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan