Hasan Boleh Keluar PAS Jika Dia Mahu - Pemimpin-Pemimpin PAS

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali kini di dalam pergolakan apabila seorang pemimpin tertinggi mengatakan parti tidak mempunyai sebarang isu terhadap tindakan beliau untuk menyertai Umno selepas sehari laporan mengenainya digugurkan daripada senarai calon PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Seorang lagi pemimpin parti menyifatkan beliau ‘terperangkap’ dalam agenda musuh tetapi keadaan menjadi rumit apabila Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan secara terbuka memberi sokongan kepada Dr Hasan yang dikatakan mempunyai sokongan kukuh sehingga ke akar umbi.

Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia terpulang pada Hasan untuk menentukan sama ada beliau mahu meninggalkan parti Islam, sambil menunjukkan ketegangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dengan kepimpinan tertinggi parti.

Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali turut kesal mengenai perkara itu sambil mempersoalkan pendirian Hasan terhadap parti.

Hasan yang berusia 64 tahun itu baru-baru ini dipetik sebagai berkata dalam akhbar harian berbahasa Melayu mengenai keterbukaannya untuk berunding bagi bersatu dengan Umno tetapi Mahfuz berkata Hasan tidak mewakili kedudukan parti berhubung isu berkenaan.

“Isu ini (perpaduan PAS-Umno) tidak pernah dibincangkan (oleh pucuk pimpinan) dan dia (Hasan) tidak pernah dilantik sebagai wakil kami untuk membincangkan perkara ini,” katanya pada Khamis.

Mahfuz bagaimanapun memperjelaskan beliau tidak merujuk kepada kemungkinan Hasan akan meninggalkan PAS tetapi mengatakan beliau hanya menjawab soalan berdasarkan andaian yang dibangkitkan dalam sidang akhbar sebelum ini.

Naib presiden parti itu berkata, rancangan Hasan untuk membawa kedua-dua dua parti dengan Islam sebagai asas tidak selaras dengan matlamat PAS yang menyatukan semua umat Islam tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

Dalam temuramahnya dengan Harakah online, Mustafa mengkritik Hasan dan Nasrudin Hasan.

“Mereka berdua telah diheret kepada agenda Umno yang boleh menjejaskan parti,” kata Mustafa.

Ia merupakan siri kontroversi terbaru yang melanda Hasan sebagai ahli majlis eksekutif negeri Selangor yang banyak bekerjasama dengan rakan-rakan parti dan rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam pengurusan portfolionya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Kontroversi itu termasuk serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan terdapat aktiviti menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam dan kegagalan beliau untuk mengharamkan penjualan minuman beralkohol di cawangan 7-11.

Sementara itu, para penyokongnya terutama Nasruddin melihat Hasan sebagai pembela Islam, Melayu dan institusi diraja yang unggul.

Nasrudin yang pernah mempertahankan Hasan beberapa kali secara terbuka menyokong pemeriksaan terhadap gereja itu dan keputusan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ‘Himpunan Sejuta Umat’ meskipun dilarang oleh PAS.

Seorang lagi penyokong utama Hasan adalah pemimpin veteran dan bekas timbalan presiden parti Nasharuddin Mat Isa.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan