Hasan Ali Tidak Akan Keluar PAS: Abdul Rani - Berita Semasa | mStar

Hasan Ali Tidak Akan Keluar PAS: Abdul Rani

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yakin rakan sekutunya, Datuk Dr Hasan Ali yang didakwa terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti itu tidak akan meninggalkan PAS.

"Apa yang kita nampak ialah ada usaha Umno untuk memerangkap, kita tengok laporan mereka di akhbar dan TV3. Tapi saya yakin beliau tidak akan terperangkap dengan taktik kotor Umno," katanya yang dipetik portal The Malaysian Insider pada Jumaat.

Bagaimanapun, Abdul Rani memberitahu, sekiranya Hasan memutuskan untuk keluar PAS, tindakan itu dilihat akan merugikan beliau.

"Saya kenal Datuk Hasan malah beliau sendiri pernah menawarkan jawatan exco hal ehwal agama kepada saya pada 2008 tapi saya tolak. Jadi saya yakin beliau tidak akan keluar PAS," katanya.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi kepimpinan PAS pusat untuk mengadakan perbincangan dengan Datuk Hasan dan Nasharudin Mat Isa bagi menyelesaikan isu ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan