Gerakan Pulau Pinang Cadang Adakan Pilihan Raya Semula Jika Lompat Parti

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gerakan Pulau Pinang pada Jumaat mencadangkan pilihan raya diadakan semula jika terdapat wakil rakyat daripada mana-mana gabungan parti politik yang melompat parti ke gabungan parti politik lain. Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh berkata sebagai contoh, jika wakil rakyat daripada pakatan pembangkang melompat parti ke Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya, pilihan raya perlu diadakan.

"Kita juga cadangkan wakil rakyat berkenaan supaya bertanding semula mewakili parti baru yang disertainya di kawasan yang sama," katanya pada sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di sini, Jumaat.

Beliau berkata pilihan raya tidak perlu diadakan jika wakil rakyat melompat ke parti yang berada dalam gabungan parti politik yang sama.

"Ini bagi memastikan suasana politik yang lebih stabil dan mengelak daripada berlaku rampasan kuasa.

"Kita tidak mahu berlaku cubaan merampas kuasa seperti peristiwa 16 Sept melalui tindakan melompat parti," katanya.

Baljit berkata langkah itu juga bagi memastikan hak untuk memilih kerajaan ditangan pengundi dan bukannya wakil rakyat.

"Perkara lompat parti ini selalu berlaku terutamanya ketika tsunami politik selepas pilihan raya umum pada tahun 2008," katanya.

Beliau juga meminta cadangan penggunaan dakwat kekal diperhalusi dengan memastikan dakwat itu tidak boleh dipadam dan tidak boleh diperoleh dengan mudah.

"Ini bagi memastikan dakwat tersebut tidak digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengganggu kelancaran pilihan raya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan