TNB: 2012 Tahun Mencabar

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka 2012 akan merupakan tahun yang mencabar dengan peningkatan permintaan bagi bekalan elektrik dan kekurangan bekalan gas, kata Naib Presiden Perancangannya Datin Roslina Zainal.

Beliau berkata TNB, bagaimanapun, yakin masalah gas akan diselesaikan menjelang Julai akan datang apabila terminal pengegasan semula Petronas di Melaka siap.

"Kami berharap kerajaan akan membenarkan mekanisme perkongsian kos sekarang ini diteruskan sehingga masalah itu diselesaikan," kata beliau dalam jawapan kepada soalan dari Bernama pada Rabu.

Mengenai masa hadapan, beliau berkata, TNB telah memutuskan untuk memberi tumpuan dalam negara di mana pembidaan kompetitif untuk penjanaan baru akan bermula awal tahun depan.

Beliau berkata jumlah kapasiti penjanaan 4,500 megawatt akan diperlukan pada 2016-2017 dan TNB bersedia untuk mendapatkan bahagian ini untuk meningkatkan bahagian pasarannya.

"Kita lihat proses pembidaan yang berdaya saing ini (yang akan diuruskan oleh Suruhanjaya Tenaga) sebagai langkah positif bagi negara ini untuk memperoleh kapasiti penjanaan baru pada kadar yang kompetitif.

"TNB yakin proses yang kompetitif ini akan membuka jalan baru di mana kapasiti penjanaan baru diperoleh," katanya.

Roslina berkata kekurangan gas telah menjejaskan jaminan dan kebolehpercayaan bekalan elektrik memandangkan 58 peratus daripada kapasiti penjanaan terdiri daripada penjana berkuasa gas.

"Kerajaan, yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi, akan meneliti isu ini dalam beberapa bulan akan datang untuk mengenal pasti langkah-langkah seterusnya untuk memastikan jaminan dan kebolehpercayaan bekalan gas,"katanya.

Sebelum ini, kerajaan mempunyai dasar yang jumlah gas dalam sektor tenaga dikekalkan pada tahap 1,250 mmscfd (juta kaki padu sehari) hingga 2011 dan kemudiannya meningkat kepada 1,350 mmscfd pada 2012.

"Kami menjangka pengoperasian terminal pengegasan semula gas asli cecair (LNG) Petronas di Melaka pada Julai tahun depan akan bertahan lama dalam memastikan jaminan bekalan gas kepada negara dan meningkatkan pembekalan gas sektor tenaga pada tahap yang dikehendaki sebanyak 1,350 mmscfd.

"Sebarang kelewatan dalam tarikh pengoperasian akan mempunyai kesan ke atas jaminan gas, sekali gus memberi kesan kepada kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada negara," katanya.

Apabila siap terminal pengegasan semula Petronas itu, adalah dijangkakan Petronas akan perlu mengimport LNG untuk mengekalkan jumlah 1,350 mmscfd kepada sektor tenaga dan sebarang jumlah tambahan yang diperlukan oleh sektor bukan tenaga.

Beliau berkata walaupun LNG yang dibeli oleh Petronas untuk terminal pengegasan semula di Melaka pada harga pasaran, harga gas yang dibayar oleh sektor tenaga tidak akan mencapai harga pasaran pada 2012.

"Ini tidak dijangka menjadi satu masalah yang besar memandangkan LNG menguasai bahagian kecil gas untuk negara dan gas asli akan tetap tersedia, " katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan