Tak Benar Hasan Ali Digugurkan

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah tidak benar bahawa Anggota Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah digugurkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya umum akan datang.

"Kita baru sahaja di peringkat menerima cadangan dari negeri mengenai siapa yang akan menjadi calon, bagaimana pula Dr Hasan boleh digugurkan?. Ia tidak benar," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Sambil menyifatkan sebarang kenyataan sebelum ini mengenai Hasan sebagai pandangan peribadi pihak tertentu, Tuan Ibrahim berkata pemilihan calon parti itu belum muktamad.

Beliau juga berkata Pas setakat ini telah menerima nama-nama yang dicadangkan sebagai calon dari beberapa negeri.

"Semua negeri pun belum sahkan lagi (calon mereka)...nak dekat Parlimen dibubarkan, barulah kita muktamadkan siapa yang akan bertanding.

"Setiap negeri biasanya akan menghantar dua atau tiga nama calon di peringkat Parlimen dan dua atau tiga nama calon di peringkat Dewan Undangan Negeri," katanya.

Mengenai hasrat Pas Kelantan untuk mengurangkan calon luar bertanding di negeri itu, Tuan Ibrahim berkata ia adalah sekadar cadangan.

"Kalau di negeri itu ada beberapa nama yang dia rasa baik, maka dia boleh mencadangkan nama orang itu sebagai calon kepada Pas Pusat. Kita tidak ada masalah untuk menerimanya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan