SPAD Akan Berbincang Dengan KTB Mengenai Langkah Sementara Untuk Cityliner - Berita Semasa | mStar

SPAD Akan Berbincang Dengan KTB Mengenai Langkah Sementara Untuk Cityliner

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia akan menemui Konsortium Transnasional Bhd (KTB) pada Khamis bagi membincangkan lebih lanjut mengenai langkah sementara untuk perkhidmatan bas Cityliner, syarikat di bawah KTB, bagi operasinya di Selangor.

KTB menggantung perkhidmatan di Selangor mulai Selasa akibat kerugian besar.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Kamal berkata suruhanjaya itu memahami kedudukan semasa membabitkan masalah bas berhenti-henti itu, namun ia perlu mengambil pendekatan hoslitik dalam menangani masalah di semua negeri di Malaysia dan bukan hanya di Selangor atau lokasi KTB beroperasi.

"SPAD sudahpun mengemukakan pelan transformasi bas kepada kerajaan, dan cadangan itu akan dibincangkan minggu depan," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau berkata cadangan yang dikemukakan itu, meliputi kajian model perkhidmatan bas di luar negara, selain cadangan memberi bantuan kepada pengusaha bas berdasarkan formula "bayar setiap kilometer".

Mohd Nur berkata suruhanjaya itu juga sedang berbincang dengan pengusaha lain yang dapat membantu dan memenuhi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cityliner.

"Perkhidmatan bantuan boleh disediakan oleh operator dari industri lain selagi mereka mematuhi standard keselamatan, perundangan dan perkhidmatan.

"Dalam hubungan ini, SPAD akan membantu mengeluarkan lesen sementara kepada mana-mana pengusaha yang mempunyai keupayaan untuk menawarkan pengangkutan awam yang selamat, cekap dan mampan." katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan