Ramai Individu Dipanggil Berhubung Isu NFC - Khalid

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan ramai individu dipanggil untuk diambil keterangan berhubung dakwaan pecah amanah atau penyelewengan isu dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar enggan mendedahkan jumlah sebenar mereka yang telah dipanggil pihak polis berhubung kes tersebut.

"Ramai lagi saksi telah dipanggil dan kami masih dalam siasatan bagi menyelesaikan kes yang berprofil tinggi ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan "Balai League Table Siri 2 & 3" di Balai Polis Wangsa Maju di sini, Khamis.

Balai Polis Wangsa Maju merupakan antara 30 buah balai polis yang memenangi anugerah itu daripada 753 balai yang telah mengambil bahagian.

Sebelum ini, Khalid mengesahkan seramai 74 individu telah dipanggil untuk diambil keterangan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan