PSC Bentang 10 Cadangan Baru Di Parlimen Mac Depan

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) akan mula membuat rumusan bagi 10 cadangan baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang mempengerusikan pendengaran awam dua hari mulai hari ini, berkata setakat ini, 10 cadangan telah dikemukakan di Parlimen termasuk penggunaan dakwat kekal yang dibentangkan oleh jawatankuasa itu.

"Saya berharap setelah selesainya sesi pendengaran awam pada penghujung Januari nanti, kita boleh mula membuat rumusan untuk 10 lagi cadangan yang boleh kami persetujui sebelum dibentangkan pada sesi Parlimen Mac depan," katanya kepada pemberita semasa waktu rehat pendengaran awam itu yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini.

Beliau berkata kertas cadangan untuk pembentangan kali kedua ini akan mengambil sedikit masa kerana banyak cadangan yang sukar mendapat keputusan sebulat suara.

"Namun, saya yakin dengan ahli-ahli Yang Berhormat yang matang akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan penambahbaikan kepada masalah yang timbul," katanya.

Terdahulu, antara pasukan yang mengemukakan cadangan pada sesi di sebelah pagi adalah Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Parti Sosialis Malaysia cawangan Bayan Baru, Majlis Datuk-Datuk Pulau Pinang dan Parti Cinta Malaysia.

Ongkili berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah institusi atau yayasan yang akan diletakkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah satu cadangan yang bernas.

Beliau berkata yayasan itu juga bertujuan mengadakan program kesedaran awam mengenai hak-hak seorang pengundi dan menggalakkan mereka menggunakan peluang untuk mengundi bagi mematangkan politik.

"Yayasan seperti apa yang dicadangkan itu sememangnya telah ditubuhkan di luar negara seperti di negara Jerman, di mana yayasan itu bebas daripada mana-mana pihak dan berfungsi sebagai Badan Bukan Kerajaan yang dimiliki oleh semua," katanya.

Beliau berkata jawatankuasanya akan meneliti perkara ini memandangkan ia adalah cadangan yang baik daripada segi pendidikan pemilihan dan pendidikan politik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan