Piket:KPT Tidak Akan Ambil Tindakan

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap 15 penuntut universiti yang berpiket membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di KL Sentral semalam.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagaimanapun terserah kepada polis untuk menyiasat kes tersebut.

"Jika ikut AUKU terdahulu memang kita boleh ambil tindakan, namun kerana mengambil kira semangat AUKU baru yang akan dipinda Mac depan, kita tidak akan ambil apa-apa tindakan.

"Tetapi, ia bergantung kepada undang-undang dan terserah kepada polis sama ada untuk mengambil tindakan atau sebaliknya, kementerian tidak akan campur tangan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang pada Khamis.

Dalam kejadian itu, penuntut terbabit yang mendakwa anggota Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ditahan setelah tidak mengendahkan amaran polis agar bersurai ketika berhimpun di KL Sentral, di ibu negara.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Travers di Bangsar untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 10 malam.

Mereka yang berumur antara 20 dan 22 tahun itu adalah dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Mengulas isu berbeza, Mohamed Khaled berkata kementeriannya akan terus menumpukan kepada politeknik memandangkan institusi itu penyumbang terbesar dalam melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional di negara ini.

Katanya untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23 peratus kepada 37 peratus menjelang 2015.

Seramai 680,000 pekerja berkemahiran tinggi di peringkat diploma diperlukan di negara ini menjelang 2020, katanya.

Majlis pengisytiharan tersebut disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan turut dihadiri anakandanya Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Politeknik yang sebelum ini dikenali sebagai Politeknik Premier Johor Baharu itu yang kini menempatkan 4,680 penuntut, telah berjaya melahirkan 21,009 graduan setakat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan